Hmm, dapat menang RM1000? Macam mana tu? Haa hari ini kami nak ajak anda untuk sertai peraduan kami untuk memenangi RM1000! Sebelum itu, tahukah anda tentang Online-Merge-Offline (OMO)? Selepas anda beli secara online melalui app atau laman web kami, jurujual kami akan bantu anda, sama macam beli kat kedai. Best, kan? Cubalah perkhidmatan OMO kami dan ikuti 3 langkah mudah untuk memenangi RM1K!
Rebut Peluang Memenangi RM1,000
Haa tadi tertanya-tanya kan cara untuk memenangi RM1000 tersebut. Inilah langkahnya!
1.Rakam atau ambil gambar proses unboxing anda
Tunjukkan barangan rumah atau elektronik yang telah anda beli di senQ dan kongsikan pengalaman pembelian anda dengan keunikan servis daripada jurujual kami. Kami sertakan video atau gambar unboxing sebagai contoh.
2.Kongsikan rakaman video atau gambar anda di Facebook atau Instagram
Muat naikkan video atau gambar yang dirakam di Facebook atau Instagram dan pastikan profil atau post anda adalah public dan bukannya private!
3.Mention & tag kami
Tag kami @SENHENG Malaysia di Facebook atau @senhengmy di Instagram, mention @Senhengmy serta gunakan hashtag #OnlineMergeOffline serta #SenhengOMO dalam caption posting anda.
Buat sekreatif mungkin!
Jadikan video atau gambar anda lebih menarik dengan menambahkan elemen kreatif seperti meme atau lawak hambar dan sebagainya. Elemen-elemen lain juga boleh dimasukkan untuk menjadikan video atau gambar unboxing anda lebih menghiburkan, contohnya, elemen romantik, elemen seram dan lain-lain. Jika anda lebih berminat kepada gaya yang lebih klasik dan estetik, anda juga boleh menghasilkan video anda dalam bentuk asmr dengan menggunakan bunyi-bunyi yang dihasilkan apabila anda melakukan unboxing tersebut.
Contoh meme yang selalu digunakan:
Contoh video unboxing berbentuk asmr:
Yang penting, jangan lupa tau untuk tag dan mention @Senhengmy dan gunakan hashtag #OnlineMergeOffline dan #SenhengOMO dalam caption posting anda. Kalau tak, sia-sia je buat video atau gambar lawa tapi tak berpeluang untuk memenangi ganjaran wang tunai. Lepas dah muat naik video atau gambar anda di Facebook atau Instagram, rajin-rajin lah scroll laman Facebook SENHENG Malaysia pada minggu pertama setiap bulan untuk melihat sama ada anda terpilih sebagai pemenang pada bulan tersebut.
Apa nak buat kalau menang RM1000?
Bayangkan: tengah scroll Facebook SENHENG Malaysia, eh, sekali keluar video atau gambar unboxing kita sendiri. Wah, kita menanglah RM1000 peraduan kad Thank You Senheng! Sekarang, kena buat apa pula? Jangan risau, mudah sahaja. Pergi ke mana-mana cawangan Senheng terdekat untuk tebus ganjaran wang anda. Ta-da!
Kesimpulan
Haa sekarang dah kenal kan perkhidmatan Online-Merge-Offline kami? Betul, memang kami akan memberikan servis sama seperti servis yang kami bagi dalam kedai walaupun anda membeli secara online bersama kami. Jomlah cuba servis istimewa ini, dahlah dapat servis tip-top, berpeluang untuk memenangi RM1000 lagi tu! Jadi, tunggu apa lagi? Dah boleh start shopping di laman web senQ dan sertailah peraduan kami sekarang!
Terma dan Syarat
Untuk mewajarkan anda diiktiraf sebagai pemenang bagi peraduan UGC (user generated content) kami, kami mengikuti kriteria di bawah:
Mention @senhengmy atau @senQdigitalstation
Hashtag: Penyertaan mesti menggunakan hashtag yang diperlukan untuk layak dipilih (#OnlineMergeOffline #SenhengOMO).
Kreativiti: Kami mencari kapsyen unik dan asli yang menonjol.
Penjajaran Jenama: Kandungan harus mempromosikan jenama kami dengan berkesan dan sejajar dengan mesej pemasaran kami iaitu perkhidmatan OMO kami.
Panel hakim kami akan menilai semua penyertaan berdasarkan faktor-faktor ini untuk memastikan peraduan ini dijalankan dengan adil dan menarik. Sila ambil perhatian bahawa semua keputusan yang dibuat oleh syarikat berkenaan peraduan adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.
Comments